Sunday 7 February 2016

PELAJAR MUMTAZ 2015



Assalamualaikum, sekali lagi kita berjumpa dalam segmen pelajar cemerlang pula ya.. peminat pembaca blogger sekalian. Kali ni admin membawa siri khas di mana kami memaparkan sedikit info berkenaan dengan SMA AL-ATTAS. Dengan pembawaan 20 orang pelajar mumtaz: 4 orang pelajar mumtaz sufi dan 16 pelajar lain ialah berpangkat mumtaz. Syukur 1000 kali syukur. Sekalung tahniah dan budi diucapkan kepada para pelajar yang cemerlang dalam Peperiksaan SMA tahun 2015 kerana telah berjaya menaikkan obor kecemerlangan, peningkatan yang drastik dari tahun yang sebelumnya, Alhamdulillah.


Tetapi, pasti dan mesti pembaca blogger pelik dan hairan bukan, kenapa admin nak bawak tajuk pelajar cemerlang pula kali ini dan adakah berkaitan dengan BADAR? emm?? cuba fikir?    
tic! toc! tic! toc!

masa tamat...

jawapannya adalah:
BELAJAR NO 1 TAPI DAKWAH BUKAN NO 2...

Apa kene mengena pulak dengan moto badar nie?   ha... ni nak habak mai kat hang blaka...
 Sebenarnya... seramai 4 orang mumtaz sufi tersebut adalah pelajar daripada BADAR sendiri dan sembilan yang mumtaz tersebut juga merupakan ahlinya... syukur sangat... bangga jadi admin blog BADAR nie..hehe... jadi kesimpulannya, bertepatan degan moto tersebut... dakwah itu juga penting dalam kehidupan seharian kita selain belajar... in syaa Allah... sama-sama kita berdakwah ke arah menjadi insan yang bertaqwa... Allah itu adil... semoga anak anak BADAR yang lain dapat memupuk semangat cinta akan menyebarkan dakwah dan membantu agama Allah ini. nescaya Allah akan membantu kita dalam peperiksaan dan lain-lain lagi, in syaa Allah....

Selepas ini... admin akan memaprkan butiran tentang pelajar2 tingkatan satu yang bakal ditemu duga...

No comments:

Post a Comment