Tuesday 9 February 2016

Pemuda Pemudi pemangkin ummah !!


Assalamualaikum everyone? Sihat blaka ke? I hope everyone in the pink, in syaa Allah... Tersergam indah tajuk yang admin bawa pada hari ini, bukan? Of coures laa.. orang-orang muda macam kita, mestilah menjadi harapan ummah, harapan masyarakat kawan-kawan... bagi membela dan memimpin umat Islam ke jalan yang lurus, jalan kepada Allah! Dengan izinnya..

Jadi,kawan-kawan yang saya sayang, admin bukan nak discuss tajuk nie, cuma admin nak memaparkan pemuda-pemudi yang bakal menggegarkan bumi Al-Attas, iaitu generasi yang seterusnya, yang akan memegang BADAR nie kawan-kawan.. Excited admin tidak terkira jumlahnya, memang lah tak terkira, sebab perasaan tu kan abstrak.. hehe.. ini lah mereka!! Suci-suci blaka yee...



Wajah-wajah ini lah kawan-kawan, yang akan menyinari bumi Al-Attas sekali gus memaparkan kehebatan serta kepimpinan mereka dari segi semua aspek in syaa Allah... Tapi, pelajar ini akan ditemu uji dahulu ya... sama ada mereka betul-betul mempunyai ciri-ciri yang layak untuk diiktiraf sebagai BADARIAN in syaa Allah.... Kami, pihak BADAR bukannya tidak mahu memilih kesemua sekali rakan-rakan taulan, tetapi, kami tidak mahu membebankan pelajar-pelajar lain kerana tugas dan amanah yang diberikan daripada guru adalah lebih penting, 

ditambah pula tugas selaku seorang BADARIAN, Memetika kata-kata Al-Imam Yusuf Al-Qaradawi, "aku lebih suka kuantiti yang sedikit tetapi kualitinya banyak berbanding kuantiti yang banyak tetapi kualitinya yang sedikit. Begitulah perumpaannya..

Tetapi, pihak BADAR akan tetap mengambil inisiatif bagi memaksimumkan pelajar-pelajar yang kreatif lagi menarik.. in -syaa Allah... Jadi, doakan kami agar BADAR tahun ini lebaih baik dari tahun yang sebelumnya... Aamiiiin...
So, good luck bagi pelajar Tingkatan 1 dalam temu uji yang akan datang... bersiap sedia.. Semoga Allah merahmati dan memudahkan urusan...
  
Pemuda -pemudi memperkukuh ummah,memperkuat bangsa, 
mempergiat dakwah, seterusnya, melahirkan generasi yang hebat di masa mendatang..

Monday 8 February 2016

DALAM SUNNAH ADA KEJAYAAN!

Hai semua... emm kenapa macam tak semangat je nak baca post nie... ke nampak tajuk tak best? Oppsss...hehe.. Maaf semua, tersuuzzon pula.. maaf laa..... kan semua manusia tak lari dari kesilapan... ok stop maaf laa... admin sebenarnya nak kongsi tajuk nie.... sunnah! best apa tajuk kali nie? Tak gitu?
Kawan -kawan mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa pulak sunnah boleh bagi kejayaan? dak pe dak pe.... biau admin yang terangkan, guana sunnoh boleh jadi kejayaan pada kita? ok!

Sunnah nie kawan-kawan bermaksud  "cara" atau "amalan", dan dengan itu, sunah nabi bererti "cara nabi", atau apa yang biasa dikenali sebagai kebiasaan Rasul. Secara bahasa, al-Sunnah adalah "ath-thariqah" yang bererti perkaedahan, kebiasaan, perjalanan hidup, atau perilaku, baik yang terpuji mahupun yang tercela. "Kata sunnah berserta segala kelainannya disebutkan berulang-ulang dalam hadis, yang erti asalnya ialah 'perjalanan hidup' dan 'perilaku'."
Dalam istilah Sunah Waljamaah, menurut para ahli hadis, Sunah adalah segala sesuatu yang diamalkan oleh Rasulullah SAW yang merupakan perbuatan, ketetapanperibadiakhlak, mahupun perilaku, sesudah dilantik menjadi Rasul.* Dalam hal ini, amalan Sunnah menurut mereka adalah perbuatan Nabi saw untuk memenuhi kehendak Allah di dalam Quran (Mushtafa as-Sibai, "As Sunnah wa Makanatuha Fit-Tasyri'il Islami"). Sunnah ini disampaikan melalui persetujuan para sahabat Rasul. *
So, kat sini, sunnah adalah cara hidup, atau amalan yang dilakukan oleh Rasulullah mengikut iradah Allah rakan-rakan sayang, Bukan ke Allah dah berfirman dalam Al-Quran "Tidak aku utuskan Muhammad itu selain memberi rahmat kepada sekalian alam".. surah Al-Anbiya;.
Segala yang datang daripada nabi adlah baik-baik blaka... jangan risau walhal khuatir dengannya... kerana sunnah membuktikan banyak maslahat atau kejayaan yang akan timbul pada diri kita, in syaa Allah jika kita sering beramal dengannya... Amallah perkara yang datang daripada nabi dan bukan syaitan pula kita ikuti... nauuzu billahhi min zalik!! Sebelum admin menutup tirai tajuk kita kali nie... suka admin nak bagitahu dan ucapkan tahniah kepada SMA AL-ATTAS kerana telah membuka ruang pelajar2 untuk merasai aktiviti memanah... syukur alhamdulillah... memanah satu sunnah yang amat disukai dek rasullullah...                                                     
 tahniah warga guru yang mengelola sukan memanah ini...

.

Sunday 7 February 2016

PELAJAR MUMTAZ 2015



Assalamualaikum, sekali lagi kita berjumpa dalam segmen pelajar cemerlang pula ya.. peminat pembaca blogger sekalian. Kali ni admin membawa siri khas di mana kami memaparkan sedikit info berkenaan dengan SMA AL-ATTAS. Dengan pembawaan 20 orang pelajar mumtaz: 4 orang pelajar mumtaz sufi dan 16 pelajar lain ialah berpangkat mumtaz. Syukur 1000 kali syukur. Sekalung tahniah dan budi diucapkan kepada para pelajar yang cemerlang dalam Peperiksaan SMA tahun 2015 kerana telah berjaya menaikkan obor kecemerlangan, peningkatan yang drastik dari tahun yang sebelumnya, Alhamdulillah.


Tetapi, pasti dan mesti pembaca blogger pelik dan hairan bukan, kenapa admin nak bawak tajuk pelajar cemerlang pula kali ini dan adakah berkaitan dengan BADAR? emm?? cuba fikir?    
tic! toc! tic! toc!

masa tamat...

jawapannya adalah:
BELAJAR NO 1 TAPI DAKWAH BUKAN NO 2...

Apa kene mengena pulak dengan moto badar nie?   ha... ni nak habak mai kat hang blaka...
 Sebenarnya... seramai 4 orang mumtaz sufi tersebut adalah pelajar daripada BADAR sendiri dan sembilan yang mumtaz tersebut juga merupakan ahlinya... syukur sangat... bangga jadi admin blog BADAR nie..hehe... jadi kesimpulannya, bertepatan degan moto tersebut... dakwah itu juga penting dalam kehidupan seharian kita selain belajar... in syaa Allah... sama-sama kita berdakwah ke arah menjadi insan yang bertaqwa... Allah itu adil... semoga anak anak BADAR yang lain dapat memupuk semangat cinta akan menyebarkan dakwah dan membantu agama Allah ini. nescaya Allah akan membantu kita dalam peperiksaan dan lain-lain lagi, in syaa Allah....

Selepas ini... admin akan memaprkan butiran tentang pelajar2 tingkatan satu yang bakal ditemu duga...