Saturday 16 January 2016

WHAT IS THE MEAN BY MIPOD?


MIPOD?

Buat peminat pembaca blogger sekalian, mesti ramai yang di luar sana tertanya-tanya apakah yang dimaksudkan dengan (MIPOD) ini, kan? betul dok? hehe... dan apakah peranan penting setiap ahli Badan Dakwah untuk menjayakan program MIPOD ini.. hah? tahu ke dok ni? ha... tak tahu kan? biau admin yang ceritakan mengenainya... eipp! terloghat melaka lah pulok!! 

MIPOD yaitu dikenali sebagai minggu pengenalan organisasi dakwah yang di mana telah berlangsung pada 14/1/2016-khamis..

MIPOD ni kawan-kawan, adalah sangat penting bagi mengenali apakah status Badan Dakwah dan ini adalah hanya khusus bagi pelajar tingkatan satu je... Jadi nak bagitahu kat sini Badan Dakwah memang sangat-sangat memerlukan pelapis... ataupun generasi baru untuk terus wujud di bumi Al-Attas ini bagi meniupkan semangat cinta akan dakwah... In Syaa Allah..

Dakwah bukan senang kawan-kawan, dakwah memerlukan pengorbanan yang sangat rapi, bahkan kita perlu perbaiki diri kita dahulu untuk menyeru manusia ke arah atau jalan yang benar..  dan Alhamdulillah, seramai 59 pelajar tingkatan satu brminat menyertai ahli Badan Dakwah in syaa Allah semoga keberkatan dan pengorbanan terjalin dan menjadi obor-obor sebagai cahaya bagi menyinari dakwah di bumi Al-Attas, Allahumma Aamiinn..

Kesimpulannya di sini, admin harap semua usaha dan harapan Badan Dakwah menjadi kenyataan dan diharapkan MIPOD yang dibuat bermakna di sisi setiap warga Al-Attas terutama pelajar tingkatan satu.. maaf ye semua, gambar tak ada.. mungkin program yang seterusnya kita dapat mengambilnya sebagai kenangan untuk kita bersama..
mungkin selepas ini akan disusuli dengan peperiksaan untuk memilih bakal pendakwah dan ahli yang baru dalam BADAR in syaa Allah..