Saturday 9 June 2018







                       BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

  Alhamdulillah perancangan yang sudah lama BADARTAS rancang sudah tercapai dengan izinNya..Melawat serta gotong-royong membersihkan  rumah anak yatim dan miskin Darus Salam Al-Mukhtar  serta iftar bersama-sama pada 17 Ramadhan 1439 Hijrah  bersamaan 31 hari bulan mei 2018.Progam ini disertai oleh 30 orang ahli Badartas ting. 4 dan 5 beserta guru pembimbing Badartas . Bermula pukul 9:30 kami tiba disana dan terus berta`aruf bersama adik-adik rumah Darus Salam Al-Mukhtar yang mempunyai 15 orang ahli rumah bersama warden mereka .15 orang lelaki ahli Badar bersama bekerjasama bergotong-royong membersihkan kawasan luar rumah Darus Salam manakala ahli perempuan membersihkan kawasan dalam rumah .Selepas Asar , Badartas mengadakan majlis pemberian sumbangan kepada Rumah Darus Salam Al-mukhtar.Selepas itu,Iftar jamaie dan solat tarawih juga diadakan sekali bersama mereka.Ana nak mengucapkam jutaan terima kasih kepada rumah Darus Salam Al-Mukhtar kerana telah memberi komitmen yang baik terhadap kami untuk bersama mereka .Walaupun bertemu tidak sampai sehari tetapi meninggalkan beribu kenangan. 

Saturday 12 May 2018

MIDPOD
Minggu Pengenalan Organisasi Dakwah
Assalamualaikum..hari ini ana nak kongsikan program yang telah dilaksanakan iaitu (MIPOD) pada  8 Januari 2018..Ana nak ceritakan kepada pembaca semua apa itu MIPOD ni..MIPOD adalah singkatan  daripada Minggu Pengenalan Organisasi Dakwah..Ini bertujuan untuk memberi pencerahan tentang badan dakwah sekolah kepada adik-adik tigkatan 1 sesi 2018..Alang-alang minggu orientasi mereka , Badartas pun nak ambil peluang untuk beri orientasi ..(hu,hu,hu) 


    AMBANG  RAMADHAN 

Assalamualaikum semua..Ana harap semua dalam keadaan sihat wal'afiat belaka..Bulan demi bulan hari demi hari pejam celik pejam celik kita sudah dekat dengan ambang Ramadhan bulan yang mulia..Jadinya , kita sebagai umat Islam kita mestilah menggunakan ataupun memanfaatkan bulan Ramadhan supaya kita tidak menjadi hamba nafsu semata-mata sebaliknya menjadi hamba Allah yang bertakwa dan taat kepada perintahnya. Kita jangan membiarkan sahaja Ramadhan bulan yang mulia ini pergi  tanpa pengisian .. Bulan Ramadhan juga bulan untuk kita memaksimumkan amalan kita kerana pahalanya berganda..Kalau bulan biasa  amalan kita selama ini 20% maka bulan Ramadhan  kita tingkatkan 50%  dan semoga amalan yang maksima yang  kita buat tuh bukan pada bulan Ramadhan sahaja tetapi berterusan sampai bila-bila.
Ana nak kongsi tentang artikel ini iaitu persediaan untuk kita menyambut Bulan Ramadhan.
Jom Baca :


RAMADHAN yang penuh barakah dan bulan yang dikenali sebagai madrasah untuk mengubah umat Islam menjadi umat yang lebih baik dan lebih berjaya lagi. Objektif kedatangan bulan ramadhan adalah untuk mengajar umat Islam supaya lebih tekun melaksanakan ibadah kepada Allah. Dalam Bulan Ramadhan disediakan berbagai ibadah dan ganjaran pahala yang sangat istimewa kepada mereka yang berjaya mengamalkannya. Di antara ibadah yang disediakan ialah berpuasa selama sebulan, solat sunat tarawih, qiyamullail, Malam Lailatul Qadar dan sebagainya.
Rebutlah ruang dan peluang yang Allah berikan kepada kita semua untuk melaksanakan segala apa yang disediakan dalam Bulan Ramadhan ini. Jangan lepaskan peluang ini, kerana bagi sesiapa yang terlepas peluang ini akan mengalami kerugian yang amat besar dan belum tentu lagi kita dapat bersama pada Ramadhan akan datang.
Pada masa zaman Rasulullah dan para sahabat mereka sangat menanti dan merindui kedatangan Ramadhan. Rasulullah menyambut Bulan Ramadhan dengan mendoakan “Ya Allah Berkatilah kami di bulan Rejab dan Sya’ban, dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan”. Apabila tiba sahaja Ramadhan mereka tidak melepaskan peluang ini. Mereka lakukan segala ibadah dengan penuh kegembiraan dan keseronokkan. Apabila akhir Ramadhan mereka menanggis kerana mereka takut mereka tidak dapat menyambut Ramadhan pada tahun akan datang.
Rasulullah SAW telah menyampaikan khutbahnya pada akhir Bulan Syaaban. Alasan yang jelas mengapa ini dilakukan oleh Baginda ialah bahawa Baginda mahu menjelaskan ke dalam fikiran kita tentang kepentingan Ramadhan yang mendatang supaya kita sedar dan tidak akan membiarkan walaupun seketika berlalu tanpa memperoleh manfaat daripadanya. Selepas menyatakan keutamaan-keutamaan bulan ini, perhatian kita terfokus ke arah beberapa perkara yang penting. Pertama Lailatul Qadar iaitu satu malam yang sangat berharga.
Antara persiapan yang perlu ada kepada kita semua untuk menyambut Ramadhan supaya Ramadhan tidak terlepas begitu sahaja ialah seperti berikut:
1.Persiapan Rohani penting kepada kita semua, untuk melaksanakan segala ibadah yang ada dalam bulan Ramadhan ini perlu mempunyai keikhlasan hati dan tidak mengeluh kesah kerana tidak dapat menikmati makanan pada siang hari dan tidak merunggut kelaparan ketika berpuasa.
2.Ilmu tentang ibadah yang terdapat dalam bulan Ramadhan kena dipelajari oleh kita semua, kefahaman tentang ibadah Bulan Ramadhan ini akan menyebabkan kita mudah melaksanakannya tanpa menghadapi masalah.
3.Fizikal penting dalam melaksanakan ibadah puasa, sebab orang sakit dalam bulan puasa tidak dapat melaksanakan ibadah puasa dan ia terlepas dari segala hikmah yang terdapat dalam bulan puasa. Badan sihat juga mudah untuk melaksanakan ibadah Solat Tarawih, mudah untuk membaca al-Quran dan sebagainya.
4.Ekonomi juga penting dalam bulan puasa. Orang yang berkemampuan perbanyakkanlah sedekah kepada orang yang tidak berkemampuan. Kerana ganjaran pahalanya sangat besar. Memiliki ekonomi juga dapat membuatkan seseorang itu mudah ke masjid untuk melaksanakan ibadah Bulan Ramadhan.
Pastikan segala apa yang kita lakukan walaupun pekerjaan harian kita sekalipun menjadi ibadah dan kita dikurniakan ganjaran yang sangat besar dan baik dari Allah kerana tidak melepaskan peluang ibadah dalam bulan yang penuh kemuliaan dan barakah ini. HARAKAHDAILY 12/4/2017
Penulis ialah Fakulti Pengajian Bahasa Utama, Universiti Sains Islam Malaysia


                                                                                                     Presiden Badartas

Thursday 10 May 2018


Ahli usrah

Spider web


Malam kebudayaan
Kain pelekat

Senang robik

Perang belon


Ahli badan dakwah ting.5

Riang Ria Usrah Extravaganza

Program Riang Ria Usrah Extravaganza adalah salah satu program yang telah dilaksanakan mengikut  di   dalam takwim Badartas, yang berlansung selama 1 hari. Program ini juga bertujuan untuk merapatkan ukkhuwah diantara satu sama lain . Program ini mendapat kerjasama yang baik daripada ting.5 dan 4 dan ahli yang menyertainya dalam kalangan ting.1 dan 2 sahaja. Program ini berlangsung dari pukul 8:30 a.m -12:30 p.m dan sambung semula pada pukul 9:00 malam . Selain itu, setelah melaksanakan program ini kami mendapat respon yang baik daripada adik-adik ting.1 dan 2 dan InyaAllah akan dilaksanakan lagi pada tahun hadapan.

Belajar no.1 tapi Dakwah bukan no.2








                                                               
 TAHNIAH BADARTAS 

                  BADAN DAKWAH TERBAIK KONVENSYEN PELAJAR ISLAM PAHANG 2018

     Pada 13-15 April 2018 pihak PERMAI dan JAIP telah melaksanakan program tahunan mereka iaitu  Konvensyen Pelajar Islam Pahang (KONPIP)  bagi persatuan atau badan dakwah di setiap sekolah menengah agama negeri Pahang bertempat di Sekolah Menengah Agama Al-Wosto. Namun, admin di sini ingin meluahkan rasa syukur kepada Allah SWT kerana telah memberi rezki yang tidak disangka-sangka pada tahun ini. Sekolah Menengah Agama Al-Attas juga pernah mendapat badan dakwah terbaik pada tahun 2015 dan meraihnya sekali lagi pada tahun ini. Pihak Badartas juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua fasilitator terutamanya kepada Kak Adawiyyah dan Kak Fatiemah yang banyak memberi tunjuk ajar dalam menjalankan gerak kerja dakwah semasa berada di sana .
Program konpip ini juga sangat memberi kesan yang mendalam terhadap setiap pelajar yang menyertainya dan dapat melahirkan semangat yang berkobar-kobar untuk menggerakkan badan dakwah di sekolah masing-masing. Admin juga berharap perjuangan Badartas dalam menggerakkan kerja dakwah di sekolah tidak akan pudar dan terus berusaha untuk melahirkan suasana yang baik di sekolah . Semoga dengan kemenangan ini, dapat menaikkan semangat pelapis Badartas pada tahun yang akan datang supaya memberikan lonjakan paradigma kepada badan dakwah .


           Belajar no.1 Tapi Dakwah Bukan no.2






Calon SMA 2017
Mumtaz dan Mumtaz Sufi



Tahinah diucapkan kepada semua calon SMA 2017 Sekolah Agama Al-Attas Pekan yang telah menabur bakti kepada sekolah dalam mendapat keputusan yang cemerlang ...
Namun, perjuangan mereka tidak terhenti di sini sahaja..
Semoga dengan pencapaian yang cemerlang ini dapat melonjakkan semangat  mereka dalam peperiksaan  pada tahun ini iaitu Sijil Pelajaran Malaysia 2018 InsyaAllah.. 
 kejayaan tidak datang bergolek tanpa doa dan usaha serta keredhaan Allah SWT dan  perlu adanya USAHA yang terus menerus untuk peroleh kejayaan yang cemerlang ..


'Siapa Yang Berusaha, Dia Akan Berjaya'

Saturday 21 April 2018

Salahudin Membantu Wanita Kristian

       Ketika  kota Baitul Maqdis telah berjaya dikuasai oleh umat Islam pada tahun 1187, warga  Eropah sebahagiannya tinggal di sekitar kota Baitul Maqdis. Hidup mereka aman malah umat Islam menghormati mereka selayaknya.                                                                                           
               Pada suatu hari,ada sekumpulan perompak masuk ke perkampungan warga Eropah di luar kota Baitul Maqdis .Mereka merompak harta benda serta menculik kanak-kanak berusia tiga tahun sedangkan kanak-kanak itu masih menyusu dengan ibunya .                                                                          
        Ibu bayi itu sangat takut dan risau apabila anaknya diculik oleh kumpulan perompak tersebut.Dia mengadukan masalah tersebut kepada ketua kampung mereka .Ketua kampung berkata :"Sultan kaum muslimin seorang yang memiliki sikap belas kasihan lagi penyayang .Aku benarkan kamu bertemu dengannya .Pergilah adukan masalahmu kepadanya".   
Wanita itu pun segera menemui Sultan Salahuddin al-Ayyubi dan menceritakan kisah malang yang menimpa dirinya .Sultan Muslimin mendengar kisah itu dengan teliti sehingga dia berasa hiba lalu  menitiskan air mata kerana kasihan terhadap wanita Kristian.
Sultan Salahuddin al-Ayyubi kemudian memerintahkan para pembantunya untuk mencari anak tersebut .Kanak-kanak tersebut dijumpai di pasar dan sedang menanti untuk dijual beli.Salahuddin memerintahkan agar anak itu dibeli sahaja dengan harga yang diminta oleh penjualnya.
Salahuddin menanti kehadiran pembantu bersama anak tersebut dengan penuh resah , sama seperti wanita Kristian itu.Salahuddin tetap berdiri dari awal sehinggalah anak tersebut dibawa kepadanya.Ketika kanak-kanak tersebut dibawa kepadanya, dia terus memberikan kepada wanita Kristian.Wanita itu menggendongnya dan terus menyusukan anaknya yang kelaparan.Dia menangis kerana terharu dengan kebaikan Sultan Salahuddin al-Ayyubi serta rindukan anaknya