Sunday 5 October 2014

- Kata-kata Imam Syafie -



"Bersikap diam dalam menghadapi orang bodoh ataupun orang gila adalah kebajikan pada jiwa. Dalam sikap diam juga terdapat penjagaan bagi kehormatan. Tidakkah kamu tahu harimau di hutan itu lebih ditakuti kerana diamnya sedangkan anjing yang menyalak itu dilempar batu".

"Saya anggap diam itu sebagai perniangaan. Meskipun tidak ada untungnya tetapi saya tidak rugi. Namun saya tetap yakin diam itu ibarat barang niaga yang membawa banyak keuntungan bagi pemiliknya".

"Seseorang yang memiliki sifat warak tidak akan mempedulikan keaiban orang lain kerana disibukkan memikirkan keaibannya sendiri. Ibarat orang yang sedang sakit tidak mungkin menghiraukan kesakitan orang lain kerana sibuk memikirkan penyakitnya sendiri".

"Tidak sopan mereka yang duduk dalam masjid dengan menjulurkan kakinya".

"Minyak ambar yang harum itu asalnya hanya kotoran binatang, tetapi selepas ia terpisah dari tempatnya, ramai ia terpisah dari tempatnya, ramai orang menyukainya. Celak mata itu berasal daripada batu di tepi jalan. Tetapi dapat menghiasi kelopak bulu mata manusia selepas meninggalkan pinggir jalan itu".

Tuesday 16 September 2014

Majlis Tilawah Al-quran Peringkat Sekolah Anjuran BADAR

#Throwback!


Sempena Nuzul Quran, BADAR telah mengadakan Majlis Tilawah Al-quran peringkat sekolah. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Antara aktiviti yang telah diadakan, contohnya :
  • Tilawah Al-quran
  • Tahfiz Al-quran
  • Jualan Button Badge BADAR
  • Al-quran Dusturuna
  • Sebelah malam = Majlis penutupan Majlis Tilawah Al-quran
Antara gambar-gambar yang sempat dikongsi sepanjang Majlis berlangsung..



Jualan Button Badge. Jual... jual ... !



 Tilawah Al-quran kategori Perempuan




Kategori Lelaki, mestilah adaaaaa..




Penonton muslimat yang sabar menunggu..


Al-quran Dusturuna di dewan terbuka..




Semangat! Sampai 3 button dia kebas. 

Muktamar kali ke-7


Kata-kata serta nasihat yang diberikan sepanjang muktamar kali ke-7 BADARTAS.
  1. Allah yang takdirkan kita untuk bantu agama Allah.
  2. Jangan merasakan diri ini tidak 'layak' untuk menjadi PENDAKWAH.
  3. Jalankan amanah yang diberikan oleh Allah walaupun ianya yang paling berat dalam dunia ini.
  4. Jangan menunggu orang lain yang memberi kita tugas. Jalankan tugas mengikut jawatan yang disandang.
  5. Kempen akan datang "Pemudi Harapan Ummah".
  6. Apabila habis program dalam tahun ini, berbalik kepada tugas asas yakni berdakwah.
  7. Kata-kata Abu Bakar As-siddiq : "Takkan aku ingin membiarkan Islam begitu saja sedangkan aku masih hidup".
  8. Jika kamu tidak berasa malu, lakukanlah apa saja.
  9. Barangsiapa yang berdiri untuk dihormati, maka tiada tempat uintuknya didalam syurga.
Sekian, itu saja...

Catatan Timbalan Presiden 2

Mimpi oh.. mimpi..


Daripada Abu Qatadah, Rasulullah bersabda: 
"Mimpi yang baik daripada Allah, mimpi yang buruk daripada syaitan. Sesiapa yang melihat mimpi(buruk) yang dia tidak suka dengannya, maka ludahlah kesebelah kirinya tiga kali, mohonlah perlindungan daripada Allah daripada keburukan, sesungguhnya ianya tidak memudaratkan. Janganlah memberitahu hal itu kepada seorang pun, seandainya dia melihat mimpi yang baik, bergembiralah. Janganlah memberitahu mimpi itu kecuali kepada orang yang disukai. 
Ibn Rumh menambah dalam riwayat hadis ini. Dia(orang yang bermimpi) hendaklah mengubah posisi tidurnya. 
( Sahih Muslim : 2261 )

Semut, umat yang bertasbih kepada Allah

Dari Abu Hurairah R.A berkata, Aku mendengar Rasulullah bersabda: "Seekor semut menggigit salah seorang nabi. Lalu nabi itu menyuruh mencari sarang semut itu dan dibakar. Lalu Allah menurunkan wahyu kepada nabi tersebut: "Sesungguhnya hanya seekor yang menyengat engkau dan engkau bakar salah satu umat yang bertasbih kepada tuhan!" 
(HR Bukhari)
Pengajaran : Islam turut mengajar kita menghargai semut.

Apakah itu WAHN???

Keadaan yang kita hadapi sekarang ni seperti apa yang telah digambarkan Rasulullah dalam sebuah hadis berikut: 
"Akan terjadi keadaan dimana umat-umat lain mengerumuni kalian seperti orang-orang lapar yang mengerumuni makanan".
Salah seorang sahabat berkata: " Adakah kerana kami sedikit ketika itu?"

"Tidak, pada ketika itu bilangan kalian ramai, tapi kalian seperti Ghutsa (buih kotor yang dibawa air ketika banjir) Pasti Allah akan mencabut perasaan malu yang ada di dalam dada-dadamu kalian, kemudian Allah campakkan kepada kalian RASA WAHN".

Para sahabat bertanya: "Wahai Rasulullah, apakah itu WAHN?"
Baginda bersabda:
"Cintakan dunia dan takutkan mati".
(HR Abu Daud, Ahmad)

Saturday 26 July 2014

Carta Organisasi BADAR SMA Al-Attas 2014


GURU PENASIHAT                   : Ustazah Apidah binti Zakaria
PRESIDEN BADAR                    :  Muhammad Kamil bin Omar
TIMBALAN PRESIDEN 1           : Wan Muhammad 'Aisy 'Atif bin Abdul Rahman
TIMBALAN PRESIDEN 2              :  Suwaida binti Abdul Hamid
SETIAUSAHA AGUNG             :  Ahmad Bilal Imaduddin bin Mohd Saudi
TIMBALAN SETIAUSAHA AGUNG  : Muhammad Maghfirah bin Mahad
BENDAHARA                                  :  Ahmad Zulkifli bin Mohd Amin

JAWATANKUASA LAJNAH

KETUA LAJNAH PEMBANTU KHAS       : Ahmad Idham bin Nazri
PENOLONG LAJNAH PEMBANTU KHAS : Ahmad Sofwan bin Othman

KETUA LAJNAH DAKWAH DAN TARBIYAH       : Abdul Rahman Hakeem bin Mahmud
PENOLONG LAJNAH DAKWAH DAN TARBIYAH : Nabilah binti Md Akin

KETUA LAJNAH USRAH        : Muhammad Syafiq bin Yani
PENOLONG LAJNAH USRAH  : Umairah Najihah binti Redzuan

KETUA LAJNAH PENERBITAN DAN ICT       : Basyir bin Mohamad
PENOLONG LAJNAH PENERBITAN DAN ICT : Wan Nurul Hidayah binti Wan Nasharuddin

KETUA LAJNAH EKONOMI DAN KEBAJIKAN       : Muhammad Fikri bin Abdullah
PENOLONG LAJNAH EKONOMI DAN KEBAJIKAN : Saidah Nafisah binti Kaha

KETUA LAJNAH INFORMASI       : Nazurah binti Mohammad Nain
PENOLONG LAJNAH INFORMASI : Nurul Sakinah binti Zainal Rashid

Saturday 28 June 2014

Makna disebalik Logo BADAR


Al-quran              = Ilmu itu cahaya
Bintang lima bucu = Solat berjemaah 5 waktu 
Bulan sabit           = Syiar Islam
Bulatan gelung      = Riadah itu ibadah
Bulatan besar logo= Usrah/Keluarga 


Tuesday 3 June 2014

Mari Berdakwah


"Berdakwah? Daie? Maaf aku tak layak, aku belum cukup sempurna lagi".

Sabar.. Ketidaksempurnaan diri ini tidak menghalang kita untuk berdakwah. Kata Imam Hasan Al-Basri : "Sesiapa yang berdakwah hanya jika dia sudah sempurna, nescaya tiada yang akan berdakwah diatas muka bumi ini".
Kalau nak tunggu diri nih 'perfect' dulu, sampai bila-bila kita tak boleh nak berdakwah. Malah takkan ada siapa yang berdakwah. Tapi perlu diingat, bila dah berdakwah dan mengajak orang lain kearah kebaikan, jangan lupa untuk dakwahkan diri sendiri. Takpe, islam itu indah,. InsyaAllah, dengan niat yang ikhlas untuk membantu agama Allah, Allah akan bantu diri kita. Waalahu a'alam.


Pesan Imam Ghazali


Sebelum memperkatakan sesuatu renungkan nasihat ini dari Riwayat Imam Al-Ghazali tentang persoalan HIDUP dan MATI:ENAM PERSOALAN HIDUPSuatu hari, Imam Al Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya.- Lalu Imam Al Ghazali bertanya, pertama,"Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?"Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru, teman, dan kerabatnya. Imam Ghazali menjelaskan semua jawapan itu benar.Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah "mati". Sebab itu sudah janji Allah SWT bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati. (Ali Imran : 185).- Lalu Imam Ghazali meneruskan pertanyaan yang kedua."Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?"Murid -muridnya ada yang menjawab Negara Cina, bulan, matahari, dan bintang-bintang. Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang mereka berikan adalah benar.Tetapi yang paling benar adalah "masa lalu". Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak boleh kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita mesti menjaga hari ini dan hari-hari yang mendatang dengan perbuatan yang tidak merugikan.- Lalu Imam Ghazali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga."Apa yang paling besar di dunia ini?"Murid-muridnya ada yang menjawab gunung, bumi, dan matahari. Semua jawapan itu benar kata Imam Ghazali.Tetapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah "nafsu" (Al A'Raf : 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka.- Pertanyaan keempat adalah,"Apa yang paling berat di dunia ini?".Ada yang menjawap batu, besi, dan gajah. Semua jawapan hampir benar, kata Imam Ghazali,Tetapi yang paling berat adalah "amanah" (Al Ahzab :72). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi kalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT, sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka kerana ia tidak menjalankan amanahnya.- Pertanyaan yang kelima adalah,"Apa yang paling ringan di dunia ini?".Ada yang menjawab kapas, angin, debu, dan daun-daunan. Semua itu benar kata Imam Ghazali,Tetapi yang paling ringan di dunia ini adalah meninggalkan 'Solat'. Gara-gara sibuk dengan pekerjaan kita tinggalkan solat, gara-gara mesyuarat kita tinggalkan solat.- Lalu pertanyaan ke enam adalah,"Apakah yang paling tajam di dunia ini?".Murid-muridnya menjawab dengan serentak, pedang... Benar kata Imam Ghazali,Tetapi yang paling tajam adalah "lidah manusia".Karena melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

Monday 2 June 2014

Kata-kata Imam Hasan Al-Basri


“Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh atau solehah dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna nescaya tidak ada pendakwah, maka akan sedikitlah orang yang memberi peringatan.”
(Imam Hassan Al-Basri)

" Tuntutlah ilmu jangan sampai memudaratkan ibadat , dan lakukanlah ibadat jangan sampai memudaratkan ilmu " 

-Imam Hasan Al-Basri-

Sunday 1 June 2014

Pengenalan


Ini adalah blog rasmi Badan Dakwah dan Rohani (BADAR) Sekolah Menengah Agama Al-Attas. Ini adalah kali pertama blog ini ditubuhkan. Dengan segala usaha bersama alhamdulillah blog ini berjaya ditubuhkan. Blog ini juga dikawal oleh lajnah publicity sendiri. 
Berbalik kepada pengenalan BADAR. Ia mempunyai makna yang tersurat dan tersirat. Kami juga menamakannya sempena peperangan pertama didalam islam. Begitu juga dengan BADAR Sekolah Al-Attas yang merupakan badan dakwah rasmi yang pertama dalam sejarah sekolah. Perang Badar adalah peperangan pertama didalam islam dan juga peperangan yang membawa kemenangan pihak muslimin. Kami berharap BADAR Al-Attas juga akan berjaya dan sentiasa mendapat sokongan daripada semua pihak terutama pihak sekolah sendiri.