Friday 1 April 2016

KONPIP 2016

Syukur alhamdulillah, ke hadrat ilahi dengan limpah kurnia dan inayahnya dapat kita bersama-sama lagi dalam blog nukilan admin nie... syukur beribu satu syukur.. kepada reader sekalian.. mohon ampun kerana pihak admin gagal untuk memuat naik sedikit sebnyak info Badan Dakwah.. Aik? admin dengar ada orang cakap Badan Dakwah dah tak bergerak... ma syaa Allah, mana ada peminat blogger sekalian, sebenarnya, kebanyakan pihak BADAR tinggal di asrama, jadi kami tiada akses internet untuk memuat naik sebarang info mengenai BADAR.. mohon ampun ye semua..
Walau bagaimanapun, semua! hari ini admin nak cerita sedikit sketsa mengenai MT BADAR yang telah mewakili ahli badan dakwah yang lain untuk ke KONPIP pada tanggal 26/3 yang lepas.. sungguh menarik dan sangat teruja akannya keraana kami telah dididik dan dibimbing satu persatu bagi memantapkan lagi ahli badan dakwah kami..
Perasaan yang tertimbul amatlah kami beratkan dalam hati, kerana semua nostalgia yang ada dihimpunkan di satu tempat iaitu SMA AL-ULUM AD-DINIAH DONG... Pelbagai peristiwa suka dan duka kami, warga MT lalui, sangat memberikan inspirasi dan dorongan yang kukuh dalam menjayakan program-program yang mendatang.. Alhamdulilah.. Jadi, KONPIP tersebut menegaskann bahawa perbuatan Amar Makruf Nahi mungkar yang dianjur islam mestilah diamalkan dan dipupuk dalam setiap individu bernama muslim, kerana impak serta implikasi yang dibawa olehnya sangat memberi ganjaran yang hebat kepada kita warga muslim..
Oleh itu, amatlah diharapkan kepada semua yang membaca ini, dapat menangkul semangat jihad dan nawaitu yang kemas daam berdakwah kepada setiap manusia di atas muka bumi ini kerana tanggungjawab berdakwah itu terletak kepada semua manusia yang bergelar muslim..

!كما عرفت

من قال لا اله الا الله فهو الداعي
maksudnya: siapa yang berkata tiada tuhan selain Allah, maka dia itu itulah daie 
(menyeru manusia ke arah kebaikan)

sedikit info berkenaan dengan nostalgia kami di KONPIP... mempersembahkan..