Wednesday 8 June 2016

Ramadhan Ini Banyak Mengajar Manusia

"Melakar cita di awan  biru melati .
Menatap impian di warkah pelangi.
Membangun iman di pinggiran hati.
Menambah taqwa saatnya tiba menerangi."

“Ramadhan tiba. Ramadhan tiba. Ramadhan tiba. Marhaban Ya Ramadhan. Marhaban Ya Ramadhan. Marhaban Ya Ramadhan. Marhaban Ya Ramadhan” – opick
_________________________________________________________________

Ramadhan ini banyak mengajar manusia.

Andai selama ini syaitan dipersalahkan bagi segala tingkah dan perbuatan.

Ramadhan inilah menyingkap sisi kehidupan seorang insan.

Baiknya dia.

Buruknya dia.

Terbongkar semua.

Jika tewas, maka nafsu menjadi raja.
Kita ini pun…Sebenarnya bukan hebat mana.

Sebenarnya bukan kuat mana.

Mungkin saja ada air mata yang mengalir saat diri jauh daripada Tuhan.

 Ahhh... Mungkin ada saja antara kita yang menjadi si pendoa tegar.

Siang malam merengek pada Tuhan.

Minta Tuhan mudahkan jalan.

Minta Tuhan kuatkan iman.
Kuatkah kita bila Tuhan bentangkan sedemikian ujian?
Kuatkah kita bila Tuhan lemparkan sedemikian dugaan?
Kalau ikutkan mahu saja hati berkata TIDAK.
Aku tak kuat, Tuhan.
Aku tak kuat.
Lalu,
Ramadhan inilah Allah menitipkan penawar buat jiwa yang keresahan.

Ramadhan inilah seruan untuk kembali pada Tuhan.                              

Ramadhan inilah  peluang mencari cinta yang pernah hilang.                

Ramadhan inilah hati berlari menjejak Syurga idaman.
Dan.....
Ramadhan ini tawaran Tuhan ganjarannya melebihi seribu bulan!  

        Allah. Allah. Allah.








Ramadhan inilah kita nak fight back segala jenis jahiliyyah yang dah melekat kat badan.
Ramadhan inilah kita nak buang segala jenis jahiliyyah yang syaitonirrajim dah ajar 11 bulan.
Jangan pulak kita puasa-puasa aci bedal tidur pagi sampai petang.
               
 Konon penat gaya tak makan sebulan.

 Jangan ditunjuk-tunjuk perangai yang di benci Tuhan.
                              
Cukuplah 11 bulan kita hidup dalam jahiliyyah yang menyesatkan.
Cukuplah wahai insan!
Bangunlah dari kegelapan!







Ramadhan inilah kita nak latih diri jaga pandangan.
Jaga percakapan.  
                                                                                        
Jaga tindakan.                                                                                                  

Dan jangan sibuk-sibuk nak kata orang puasa ni mulut harum bak kasturi kalau dari pagi sampai petang membebel yang  bukan-bukan.
Bercakap yang sia-sia.                                                                                        

Jenis yang mulut harum semerbak kasturi itu jenis mulut yang berzikir pagi petang.

Kumat kamit dia penuh pahala.

Gerak bibir dia terjaga.

Sokmo berzikir, dia mengaji, menutur kalamNya.
Gituuuu..


Ingat......
Derapan langkah menuju redhaNya itulah yang menjadi nilaian Tuhan.

Jangan berhenti.
Teruslah melangkah.
Biar lambat.
Selagi sempat.
Biar selamat.
Dunia Akhirat.

RAISE YOUR IMAN FOR A BETTER RAMADHAN  !
RAMADHAN, AKU DATANG ! ! ! ! ^_^
................................................ Moga Allah redha ....................................................
:’)




Bersihkan Hati Mula Ramadhan Ini



Mulianya seseorang tidak dilihat dari penampilan luarannya, melainkan dari hatinya.
‘Sesungguhnya, Allah tidak melihat rupa dan harta-harta kamu, tetapi melihat hati dan perbuatanmu.” (HR Muslim).
Dalam riwayat lain, Ali bin Abi Thalib r a menceritakan bahwa Rasulullah bersabda, ”Tiada satu hati pun kecuali memiliki awan seperti awan menutupi bulan. Walaupun bulan bercahaya, kerana hatinya ditutup oleh awan, ia menjadi gelap. Ketika awan itu berlalu, ia pun kembali bersinar.” (HR Bukhari dan Muslim).
_________________________________________________________________

Bersih hati pada Ramadhan kali ini

Hadis ini memberikan gambaran yang sangat indah.
Hati manusia sebenarnya bersih atau bersinar, namun kerap ditutupi oleh awan kemaksiatan hingga sinarnya menjadi tidak nampak.
Oleh sebab itu, kita harus berusaha menghilangkan awan yang menutupi cahaya hati kita.
Bersempena dengan Ramadhan kali ini, marilah kita ambil peluang untuk membersihkan hati kita.
Bagaimana caranya?

Pertama, Muhasabah diri.

Muhasabah diri dalam bahasa Arab disebut muhasabatun nafsi, ertinya mengenalpasti apa sahaja penyakit hati kita.
Semua orang akan tahu apa sebenarnya penyakit qalbu (hati) yang dideritanya itu.
”Hai, orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memerhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat) dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya, Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.”(QS Alhasyr [59]: 18).

Kedua, perbaiki diri atau  bertaubat.

Ini merupakan tindakan lanjut dari muhasabah diri.
”Hai, orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang sebenar- benarnya. Mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapus kesalahan-kesalahanmu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai ….” (QS Attahrim [66]: 8).

Ketiga, Taddabur Al Quran.

Menelaah isi Al-Quran lalu menghayati dan mengamalkannya. ”Maka, apakah mereka tidak memerhatikan AlQuran ataukah hati mereka terkunci?” (QS Muhammad [47]: 24).

Keempat, menjaga kelangsungan amal soleh.

Amal soleh adalah setiap ucapan atau perbuatan yang dicintai dan diredhai Allah SWT. 
Amalan walaupun sedikit tetapi berterusan, adalah lebih disukai oleh Allah

Kelima, berzikir 

Sentiasa mengisi waktu dengan berzikir.
Mulut yang sentiasa basah dengan zikir kepada Allah.
Rasulullah SAW telah bersabda: pada hari kiamat orang yang paling beruntung mendapat syafaatku ialah orang yang banyak membaca kalimah‘Laailaha illallah’ dengan hatinya dan jiwanya iaitu dengan hati yang ikhlas.
Tuntunan Islam, jika dilaksanakan dengan sungguh-sungguh, akanmenghadirkan hati yang tenteram, bersih, serta bersinar terang.
Ibnu Abbas r a menceritakan bahwa ketika menginap di rumah Rasulullah Sallallhu ‘alaihi Wasallam, ia pernah mendengar beliau mengucapkan doa berikut
‘Ya Allah, jadikanlah di dalam hatiku cahaya, di lidahku cahaya, di pendengaranku cahaya, di penglihatanku cahaya. Jadikan di belakangku cahaya, di hadapanku cahaya, dari atasku cahaya, dan dari bawahku cahaya. Ya Allah berikan kepadaku cahaya.” (HR Muslim).
Itu adalah perkara-perkara basic.
Asas dalam menjaga kesihatan jiwa dan menghidupkan hati.
Dalam apa jua peringkat umur, perkara-perkara inilah yang perlu diperhati. Semoga amalan ini berpanjangan, walaupun selepas bulan Ramadhan.. ^_^

Thursday 2 June 2016

Persamian Usrah Dan Pelaksanaan Simposium Nuqaba'

Salam sejahtera... kawan-kawan, rakan-rakan, saudara sejagat, tuan-tuan dan puan-puan. First of all, admin nak mintak maaf atas kelambatan dan ketidaksampaian maklumat kepada pembaca blogger sekalian. Sekali lagi, admin betul-betul nak mintak maaf, mohon ampun atas apa yang berlaku, kelambatan selama 2 bulan dengan tidak memuat naik status blog ni yee.... Admin tidak ada masa dan sudah tentu admin salahkan diri sendiri kerana masa tidak boleh kita salahkan, betul?

Tidak mengapa, straight to the point.. admin nak kongsikan maklumat tentang BADARTAS mengenai tajuk di atas.. EMM?? apa benda tu yup? Tentu adik-adik semua tertanya-tanya, 
apa maksudnya?

Kalau usrah tu tahulahkan... tapi simpo...simpos... shimmpo.. emmhhh... ahhh..
 susah jugak nak sebut kan....

biar admin bagitahu, apakah yang dimaksudkan dengan simposium nuqaba' nie tadi... ok... simposium nie adalah perjumpaan antara ahli bersama dengan naqib atau naqibah mereka... Tanggal 21 Mei hari kejadian, banyak aktiviti yang dijalankan oleh BADARTAS sendiri yang bertujuan untuk mengeratkan hubungan usrah terutama melantik naqib bagi setiap usrah...

Posmortem yang dibuat, para pelajar yang mewakili usrah sangat teruja dan bersemangat akan aktiviti yang dijalankan... jangan risau jangan bimbang,.. nanti, program yang seterusnya juga akan  lebih menarik.. In Syaa Allah... di sini ada sikit gambar berkenaan degan program tersebut... sorry, gambar tak jelas...