Monday 20 July 2015

Tazkirah Zohor ^^

📝Tazkirah zohor📝
❤Firman Allah SWT yang bermaksud :❤ 
🌹"Dan sembahlah Rabbmu sehingga datang kepadamu al-Yaqin (mati)" 🌹
🍀Surah Al-Hijr ayat 99🍀
🌹"Jika ibadahmu semata-mata kerana Ramadhan, maka Ramadhan telah pergi. Namun, jika ibadahmu kerana Rabbmu, maka teruskanlah sehingga mati."🌹
🍀Ibn Razi al-Tantawi🍀

Sunday 19 July 2015

Usrah oh Usrah !



Pada Ramadhan yang lepas, Badan Dakwah dan Rohani (BADAR) Sekolah Menengah Agama Al-Attas telah mengadakan usrah petang pada setiap hari Rabu, di dewan Syed Hassan Al-Attas. Usrah kali ini tentang penyampaian ilmu. Setiap usrah perlu ke hadapan dan memberikan tazkirah atau tarbiyah mengenai isu-isu semasa ataupun mengenai umat islam pada masa kini. 

Gambar diatas ialah wakil usrah 3 daripada muslimin yang menyampaikan tentang jenazah. Usrah ini sangat kreatif dan sangat menarik perhatian pendengar untuk mendengar. 

Sekian ..

Tazkirah Ringkas ^^



Assalamualaikum akhi dan ukhti sekalian. Maaf sangat sebab dah lama tak update blog ni. Kerana kesibukan menuntut ilmu. Bercakap tentang ilmu, tarbiyah hari nih memang berkenaan dengan ilmu. Mari kita rungkai kata-kata ini:

" Menuntut ilmu bukan hanya untuk mengisi otak dan fikiran tetapi juga untuk memperhaluskan perasaan dan menyuburkan kebijaksanaan, apa yang dicari bukan hanya semata-mata ilmu tetapi juga manfaat dan keberkatannya. Justeru, itu jagalah adab-adab ketika menuntut ilmu untuk memperolehnya".

Sekian tazkirah ringkas dari - Ketua Lajnah Informasi -

HARI ITU..



Siang itu terang, jangan digelapkan dengan dosa, 
Malam itu panjang jangan dipendekkan dengan tidur. 
Manfaatkan masa dan Usiamu dengan menjadikan Taqwa sebagai perahu, Iman sebagai Nakhoda, Tawakkal sebagai Layarnya..
Ingatlah, 
Hidup  kita cuma sekali, 
Hiasilah hidup kita dengan penuh keceriaan dan kasih sayang,
Tapi jangan lupa selimutlah dengan keimanan,
Maka hidup kita akan bahagia di dunia mahupun di akhirat.
InsyaAllah..
Itu saja perkongsian untuk hari ini. Wallahu a'lam 

CARTA ORGANISASI BADAR SMA AL-ATTAS 2015

GURU PENASIHAT                   : Ustaz Hj. Mohd Sharkawi bin Hj. Shaadan
PRESIDEN BADAR                    :  Wan Muhammad 'Aisy 'Atif bin Abdul Rahman
TIMBALAN PRESIDEN 1           : Ukkasyah bin Tolha
TIMBALAN PRESIDEN 2              :  Suwaida binti Abdul Hamid
SETIAUSAHA AGUNG             :  Muhammad Maghfirah bin Mahad
TIMBALAN SETIAUSAHA AGUNG  :  Syed Amirul Afiq bin Syed Azian Al-Yahya
BENDAHARA                                  :  Muhammad Asmunie bin Rosli
BENDAHARI                          : Umairah Najihah binti Redzuan

JAWATANKUASA LAJNAH

KETUA LAJNAH PEMBANTU KHAS       : Ahmad Idham bin Nazri
PENOLONG LAJNAH PEMBANTU KHAS : Nurul Ain Syafiqah binti Rusli

KETUA LAJNAH DAKWAH DAN TARBIYAH       : Muhammad Ridhwan Hakeem bin Abd Rahman
PENOLONG LAJNAH DAKWAH DAN TARBIYAH : Nabila binti Mohd Rosdi

KETUA LAJNAH USRAH        : Ahmad Furqan bin Salihuddin
PENOLONG LAJNAH USRAH  : Nor Anis Adilah binti Daud

KETUA LAJNAH PENERBITAN DAN ICT       : Muhammad Hafiz bin Jailani
PENOLONG LAJNAH PENERBITAN DAN ICT : Nor Syamiera binti Mohd Ghazali 

KETUA LAJNAH EKONOMI DAN KEBAJIKAN       :  Ahmad Sofwan bin Othman
PENOLONG LAJNAH EKONOMI DAN KEBAJIKAN : Nur Nabilah binti Mohd Muhamra

KETUA LAJNAH INFORMASI       : Muhammad Fathu Syakirin bin Abdul Aziz
PENOLONG LAJNAH INFORMASI : Nurul Sakinah binti Zainal Rashid

PUASA SUNAT 6 HARI SYAWAL

Apakah dalil bagi kelebihan berpuasa di bulan Syawal? Dalilnya ialah sabda nabi s.a.w.:

"Sesiapa berpuasabulan Ramadhan, kemudian ia diikuti dengan berpuasa eenam hari dibulan Syawal, maka ia seolah-olah berpuasa setahun".

(HR Imam Muslim dari Abu Ayyub al-Ansari r.a)

Adakah ia disyaratkan puasa enam hari itu dilakukan berturut-turut? 

Tidak disyaratkan. Harus diselang-selikan asalkan dalam bulan syawal dan bilangannya mencukupi enam hari. Namun yang terbaik (afhdal) ialah melakukannya berturut-turut dan lbih afhdal lagi memulainya dari 2 Syawal

Jika seseorang itu mempunyai puasa Ramadhan yang perlu diqadhanya, adakah harus ia berpuasa enam sebelum mengqadha puasanya?

Harus kerana puasa qadha Ramadhan memiliki waktu yang panjang untuk dilakukan iaitu sehingga Ramadhan tahun berikutnya. adapun puasaenam hari di bula syawal waktunya adalah terhad, Namun jika kita dapat melakukan puasa qadha terlebih dahulu, kemudian diikuti puasa Syawal, itu yang terbaik kerana kita mendahulukan ibadah yang wajib keatas yang sunat. Dan ada ulama berpendapat harus kita meniatkan keduanya sekali dalam satu puasa. tetapi yang terbaik kita memisahkan kerana akan memperbanyakkan amalan kita kepada Allah. 

Oleh USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL

- Lajnah Informasi -