Monday 8 February 2016

DALAM SUNNAH ADA KEJAYAAN!

Hai semua... emm kenapa macam tak semangat je nak baca post nie... ke nampak tajuk tak best? Oppsss...hehe.. Maaf semua, tersuuzzon pula.. maaf laa..... kan semua manusia tak lari dari kesilapan... ok stop maaf laa... admin sebenarnya nak kongsi tajuk nie.... sunnah! best apa tajuk kali nie? Tak gitu?
Kawan -kawan mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa pulak sunnah boleh bagi kejayaan? dak pe dak pe.... biau admin yang terangkan, guana sunnoh boleh jadi kejayaan pada kita? ok!

Sunnah nie kawan-kawan bermaksud  "cara" atau "amalan", dan dengan itu, sunah nabi bererti "cara nabi", atau apa yang biasa dikenali sebagai kebiasaan Rasul. Secara bahasa, al-Sunnah adalah "ath-thariqah" yang bererti perkaedahan, kebiasaan, perjalanan hidup, atau perilaku, baik yang terpuji mahupun yang tercela. "Kata sunnah berserta segala kelainannya disebutkan berulang-ulang dalam hadis, yang erti asalnya ialah 'perjalanan hidup' dan 'perilaku'."
Dalam istilah Sunah Waljamaah, menurut para ahli hadis, Sunah adalah segala sesuatu yang diamalkan oleh Rasulullah SAW yang merupakan perbuatan, ketetapanperibadiakhlak, mahupun perilaku, sesudah dilantik menjadi Rasul.* Dalam hal ini, amalan Sunnah menurut mereka adalah perbuatan Nabi saw untuk memenuhi kehendak Allah di dalam Quran (Mushtafa as-Sibai, "As Sunnah wa Makanatuha Fit-Tasyri'il Islami"). Sunnah ini disampaikan melalui persetujuan para sahabat Rasul. *
So, kat sini, sunnah adalah cara hidup, atau amalan yang dilakukan oleh Rasulullah mengikut iradah Allah rakan-rakan sayang, Bukan ke Allah dah berfirman dalam Al-Quran "Tidak aku utuskan Muhammad itu selain memberi rahmat kepada sekalian alam".. surah Al-Anbiya;.
Segala yang datang daripada nabi adlah baik-baik blaka... jangan risau walhal khuatir dengannya... kerana sunnah membuktikan banyak maslahat atau kejayaan yang akan timbul pada diri kita, in syaa Allah jika kita sering beramal dengannya... Amallah perkara yang datang daripada nabi dan bukan syaitan pula kita ikuti... nauuzu billahhi min zalik!! Sebelum admin menutup tirai tajuk kita kali nie... suka admin nak bagitahu dan ucapkan tahniah kepada SMA AL-ATTAS kerana telah membuka ruang pelajar2 untuk merasai aktiviti memanah... syukur alhamdulillah... memanah satu sunnah yang amat disukai dek rasullullah...                                                     
 tahniah warga guru yang mengelola sukan memanah ini...

.

No comments:

Post a Comment