Saturday 21 April 2018

Salahudin Membantu Wanita Kristian

       Ketika  kota Baitul Maqdis telah berjaya dikuasai oleh umat Islam pada tahun 1187, warga  Eropah sebahagiannya tinggal di sekitar kota Baitul Maqdis. Hidup mereka aman malah umat Islam menghormati mereka selayaknya.                                                                                           
               Pada suatu hari,ada sekumpulan perompak masuk ke perkampungan warga Eropah di luar kota Baitul Maqdis .Mereka merompak harta benda serta menculik kanak-kanak berusia tiga tahun sedangkan kanak-kanak itu masih menyusu dengan ibunya .                                                                          
        Ibu bayi itu sangat takut dan risau apabila anaknya diculik oleh kumpulan perompak tersebut.Dia mengadukan masalah tersebut kepada ketua kampung mereka .Ketua kampung berkata :"Sultan kaum muslimin seorang yang memiliki sikap belas kasihan lagi penyayang .Aku benarkan kamu bertemu dengannya .Pergilah adukan masalahmu kepadanya".   
Wanita itu pun segera menemui Sultan Salahuddin al-Ayyubi dan menceritakan kisah malang yang menimpa dirinya .Sultan Muslimin mendengar kisah itu dengan teliti sehingga dia berasa hiba lalu  menitiskan air mata kerana kasihan terhadap wanita Kristian.
Sultan Salahuddin al-Ayyubi kemudian memerintahkan para pembantunya untuk mencari anak tersebut .Kanak-kanak tersebut dijumpai di pasar dan sedang menanti untuk dijual beli.Salahuddin memerintahkan agar anak itu dibeli sahaja dengan harga yang diminta oleh penjualnya.
Salahuddin menanti kehadiran pembantu bersama anak tersebut dengan penuh resah , sama seperti wanita Kristian itu.Salahuddin tetap berdiri dari awal sehinggalah anak tersebut dibawa kepadanya.Ketika kanak-kanak tersebut dibawa kepadanya, dia terus memberikan kepada wanita Kristian.Wanita itu menggendongnya dan terus menyusukan anaknya yang kelaparan.Dia menangis kerana terharu dengan kebaikan Sultan Salahuddin al-Ayyubi serta rindukan anaknya