Sunday 19 July 2015

PUASA SUNAT 6 HARI SYAWAL

Apakah dalil bagi kelebihan berpuasa di bulan Syawal? Dalilnya ialah sabda nabi s.a.w.:

"Sesiapa berpuasabulan Ramadhan, kemudian ia diikuti dengan berpuasa eenam hari dibulan Syawal, maka ia seolah-olah berpuasa setahun".

(HR Imam Muslim dari Abu Ayyub al-Ansari r.a)

Adakah ia disyaratkan puasa enam hari itu dilakukan berturut-turut? 

Tidak disyaratkan. Harus diselang-selikan asalkan dalam bulan syawal dan bilangannya mencukupi enam hari. Namun yang terbaik (afhdal) ialah melakukannya berturut-turut dan lbih afhdal lagi memulainya dari 2 Syawal

Jika seseorang itu mempunyai puasa Ramadhan yang perlu diqadhanya, adakah harus ia berpuasa enam sebelum mengqadha puasanya?

Harus kerana puasa qadha Ramadhan memiliki waktu yang panjang untuk dilakukan iaitu sehingga Ramadhan tahun berikutnya. adapun puasaenam hari di bula syawal waktunya adalah terhad, Namun jika kita dapat melakukan puasa qadha terlebih dahulu, kemudian diikuti puasa Syawal, itu yang terbaik kerana kita mendahulukan ibadah yang wajib keatas yang sunat. Dan ada ulama berpendapat harus kita meniatkan keduanya sekali dalam satu puasa. tetapi yang terbaik kita memisahkan kerana akan memperbanyakkan amalan kita kepada Allah. 

Oleh USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL

- Lajnah Informasi -

No comments:

Post a Comment