Tuesday 6 January 2015

Sifat Bakhil

Abu Bakar As-siddiq R.A memberi nasihat: "Orang yg bakhil atau kikir tidak terlepas daripada salah satu daripada tujuh perkara iaitu :
  • Ketika dia mati, hartanya akan diwarisi oleh orang yg akan menghabiskannya kepada sesuatu yg tidak berfaedah.
  • Allah akan membangkitkan pemimpin zalim yg akan merenggut seluruh hartanya setelah menyeksanya terlebih dahulu.
  • Allah menggerakkan dirinya untuk menghabiskan harta bendanya.
  • Muncul idea pada dirinya untuk mendirikan bangunan di kawasan bencana sehingga satu ketika bangunan tersebut habis runtuh.
  • Dia ditimpa musibah yg memusnahkan hartanya seperti banjir, terbakar, kecurian dan sebagainya.
  • Dia ditimpa penyakit kronik sehingga habis hartanya dibelanjakan untuk mengubati penyakit tersebut.
  • Dia terlupa dimana hartanya disembunyikan
"Ya Allah jauhkanlah hatiku daripada dipengaruhi sifat Bakhil"

No comments:

Post a Comment