![]() |
Saturday, 9 June 2018
Saturday, 12 May 2018
Thursday, 10 May 2018
![]() |
| Ahli usrah |
![]() |
| Spider web |
![]() |
| Malam kebudayaan |
![]() |
| Kain pelekat |
![]() |
| Senang robik |
![]() |
| Perang belon |
![]() |
| Ahli badan dakwah ting.5 |
Pada 13-15 April 2018 pihak PERMAI dan JAIP telah melaksanakan program tahunan mereka iaitu Konvensyen Pelajar Islam Pahang (KONPIP) bagi persatuan atau badan dakwah di setiap sekolah menengah agama negeri Pahang bertempat di Sekolah Menengah Agama Al-Wosto. Namun, admin di sini ingin meluahkan rasa syukur kepada Allah SWT kerana telah memberi rezki yang tidak disangka-sangka pada tahun ini. Sekolah Menengah Agama Al-Attas juga pernah mendapat badan dakwah terbaik pada tahun 2015 dan meraihnya sekali lagi pada tahun ini. Pihak Badartas juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua fasilitator terutamanya kepada Kak Adawiyyah dan Kak Fatiemah yang banyak memberi tunjuk ajar dalam menjalankan gerak kerja dakwah semasa berada di sana .
Program konpip ini juga sangat memberi kesan yang mendalam terhadap setiap pelajar yang menyertainya dan dapat melahirkan semangat yang berkobar-kobar untuk menggerakkan badan dakwah di sekolah masing-masing. Admin juga berharap perjuangan Badartas dalam menggerakkan kerja dakwah di sekolah tidak akan pudar dan terus berusaha untuk melahirkan suasana yang baik di sekolah . Semoga dengan kemenangan ini, dapat menaikkan semangat pelapis Badartas pada tahun yang akan datang supaya memberikan lonjakan paradigma kepada badan dakwah .
Saturday, 21 April 2018
Monday, 26 December 2016
Syukur?
Burung juga tak pernah komplen pada الله bila pagi-pagi kena terbang keluar tak tau nak makan apa, tapi burung pulang dengan kenyang dan mampu bagi makanan pada anak-anaknya. Takda lagi kita dengar cerita burung bunuh diri malah pagi-pagi yang kita dengar burung tetap berkicauan.
Cacing lagilah, tanpa tangan tanpa kaki, tak pernah komplen pada الله susahnya nak cari makanan, kenapa الله tak jadikan dia macam ni macam tu. juga belum ada sejarah ada cacing bunuh diri.
Moral of the story, apabila الله mencipta kita, الله tau kemampuan kita, الله takkan uji kita dengan sesuatu yang kita takkan mampu tanggung, malah tiada satu ujian pun untuk melemahkan kita
Bersyukurlah dengan apa yang kita perolehi الحمدلله ..😄😃
Saturday, 10 December 2016
Carilah Daku di Neraka
Carilah aku di neraka jikaku tiada d syurga.....
Carilah Aku Di Neraka, dan Tolong Bawaku Ke Syurga..
Menziarahi seorang teman yang sedang tenat sakitnya, dia menggenggam erat tangan saya, lalu menarik ke mukanya, mahu membisikkan sesuatu..
Dalam airmata bergenang dan lafaz yang tersangkut-sangkut dia berkata," jika hang tidak nampak aku di syurga, tlg tanya Allah di mana aku, tolonglah aku ketika itu..."
Dia langsung teresak menangis, lalu saya memeluknya dan meletakkan muka saya di bahunya. Saya berbisik," Insyaallah, insyaallah, aku juga mohon hang buat begitu jika hang juga tidak nampak aku di syurga..."
Kami menangis bersama, entah berapa lama...
Bila saya meninggalkan wad hospital, saya terkenang pesanannya...
Sebenarnya pesanan itu pernah dipesan oleh seorang ulamak besar, Ibnu Jauzi, yg berkata kpd sahabatnya sambil menangis :
" Jika kamu tidak menemui aku di syurga bersama kamu, maka tolonglah tanya kepada Allah tentang aku ; Wahai Tuhan kami, si fulan sewaktu di dunia selalu mengingatkan kami tentang Engkau, maka masukkanlah dia bersama kami di syurga."
Ibnu Jauzi berpesan begini bersandar kepada sebuah hadis :
"Apabila penghuni syurga telah masuk ke dalam syurga lalu mereka tidak menemukan sahabat-sahabat mereka yg selalu bersama mereka dahulu di dunia, maka mereka pun bertanya kepada Allah ; Ya Rabb! kami tidak melihat sahabat-sahabat kami yang sewaktu di dunia bersolat bersama kami, berpuasa bersama kami dan berjuang bersama kami..."
Maka Allah berfirman, " Pergilah ke neraka, lalu keluarkanlah sahabat-sahabatmu yang di hatinya ada iman, walau hanya sebesar zarrah".
(Ibnu Mubarak dlm kitab Az Zuhd)
Maka wahai sahabat2ku,
Di dalam bersahabat, pilih lah mereka yg boleh membantu kita bukan setakat dunia, tetapi hingga akhirat..
Carilah sahabat2 yg senantiasa berbuat ibadat, bersolat jemaah, berpuasa dan sentiasa berpesan ke arah keimanan, serta berjuang untuk mnegakkan agama.
Carilah teman yg mengajak ke majlis ilmu, mengajak berbuat kebaikan, bermuafakat untuk kerja kebajikan, serta selalu berpesan dgn kebenaran.
Teman yg dicari kerana urusan niaga, pekerjaan, teman tengok bola, teman memancing, teman bershopping, teman fb utk bercerita hal politik, teman whatsapp utk bersembang hal dunia, akan berpisah pada garis mati dan masing2 hanya akan membawa diri sendiri.
Tetapi teman yg bertakwa, akan mencari kita untuk bersama ke syurga....
Semaklah diri, apakah ada teman yg se begini dalam kehidupan kita, atau yg ada mungkin lebih teruk dari kita...
Ayuh bertindak sekarang, kurangkan masa dgn teman yg hanya condong pada garis dunia, carilah teman yg boleh membawa kita bersama ke syurga, kerana kita tidak boleh mengharap ibadat kita shj utk menjengah syurga Allah..
Pelbagaikanlah usaha, moga satu darinya akan tersangkut, membawa kita ke pintu syurga....
Al-Hasan Al-Bashri berkata :
" Perbanyakkanlah sahabat-sahabat mukminmu, karena mereka memiliki syafaat pada hari kiamat”.
Pejamkan mata, berfikirlah,.. siapa agaknya antara sahabat2 kita yg akan mencari dan mengajak kita bersama2 ke syurga..
Jika tiada, mulakan hari ini mencari teman ke syurga sebagai suatu misi peribadi.
Agaknya kepada siapa anda boleh berpesan sebegini?
--------
Sahabat, tolong tanyakan Allah jika aku tiada bersamamu di syurga..
#sinergisahabatatskeimanan
#ukhuwahfillahbiliman
Saturday, 10 September 2016
Ibadah Qurban Pada Hari Raya Idul Adha
Pengertian Ibadah Qurban
Pengsyariatan Qurban
Hukum Berqurban
Keutamaan Berqurban
Hikmah Berqurban
Dengan Ibadah kurban, kita juga bisa memberi kelonggaran kepada keluarga dan masyarakat lingkungan dalam hal makanan dan minuman. Pernah seorang warga memberikan kesannya tentang penyembelihan hewan kurban di lingkungannya. Katanya, “Hari ini saya baru bisa merasakan bedanya antara hari-hari biasa dengan hari raya idul-adha. Selama ini belum pernah ada pemotongan dan pembagian daging kurban di sini, baru hari ini”. Sungguh terharu mendengarnya.bye..
Wednesday, 8 June 2016
Ramadhan Ini Banyak Mengajar Manusia
"Melakar cita di awan biru melati .Menatap impian di warkah pelangi.Membangun iman di pinggiran hati.Menambah taqwa saatnya tiba menerangi."
Ramadhan ini banyak mengajar manusia.
Ramadhan inilah menyingkap sisi kehidupan seorang insan.
Baiknya dia.
Buruknya dia.
Terbongkar semua.
Jika tewas, maka nafsu menjadi raja.
Sebenarnya bukan kuat mana.
Mungkin saja ada air mata yang mengalir saat diri jauh daripada Tuhan.
Ahhh... Mungkin ada saja antara kita yang menjadi si pendoa tegar.
Siang malam merengek pada Tuhan.
Minta Tuhan mudahkan jalan.
Minta Tuhan kuatkan iman.
Ramadhan inilah seruan untuk kembali pada Tuhan.
Ramadhan inilah peluang mencari cinta yang pernah hilang.
Ramadhan inilah hati berlari menjejak Syurga idaman.
Allah. Allah. Allah.
Ramadhan inilah kita nak fight back segala jenis jahiliyyah yang dah melekat kat badan.
Konon penat gaya tak makan sebulan.
Jangan ditunjuk-tunjuk perangai yang di benci Tuhan.
Cukuplah 11 bulan kita hidup dalam jahiliyyah yang menyesatkan.
Ramadhan inilah kita nak latih diri jaga pandangan.
Jaga tindakan.
Dan jangan sibuk-sibuk nak kata orang puasa ni mulut harum bak kasturi kalau dari pagi sampai petang membebel yang bukan-bukan.
Jenis yang mulut harum semerbak kasturi itu jenis mulut yang berzikir pagi petang.
Kumat kamit dia penuh pahala.
Gerak bibir dia terjaga.
Sokmo berzikir, dia mengaji, menutur kalamNya.
Jangan berhenti.
Bersihkan Hati Mula Ramadhan Ini
‘‘Sesungguhnya, Allah tidak melihat rupa dan harta-harta kamu, tetapi melihat hati dan perbuatanmu.” (HR Muslim).
Bersih hati pada Ramadhan kali ini
Pertama, Muhasabah diri.
”Hai, orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memerhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat) dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya, Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.”(QS Alhasyr [59]: 18).
Kedua, perbaiki diri atau bertaubat.
Ketiga, Taddabur Al Quran.
Keempat, menjaga kelangsungan amal soleh.
Kelima, berzikir
Itu adalah perkara-perkara basic.Asas dalam menjaga kesihatan jiwa dan menghidupkan hati.Dalam apa jua peringkat umur, perkara-perkara inilah yang perlu diperhati. Semoga amalan ini berpanjangan, walaupun selepas bulan Ramadhan.. ^_^





































